Banjir | NGO dedah banyak bantuan tak sampai kepada penduduk Pakistan

2022-09-22 0

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Give of Living mendedahkan, masih banyak bantuan kemanusiaan yang disalurkan orang ramai tidak sampai kepada rakyat Pakistan yang kini sedang bergelut dengan bencana banjir.

Presidennya, Zulhilmi Karim mendakwa, isu rasuah yang berlaku adalah antara sebab bantuan kemanusiaan dari luar negara itu diterima di sesetengah wilayah sahaja.